Monday 10 March 2014

CUAK - Ulasan Filem



Well hello selamat datang ker channel Tellygeram..untuk episod yang pertama kali nya...mari mengulas filem..CUAK..

Teros terang film ni agar.. heh...1st tengok teaser and behind the scene last memang tak impress tapi selepas keluar full trailer, i had 2nd thought..

Jalan cerita agak mengelirukan. Plot cerita yang complicated di buat semata mata untuk menunjukan filem ni lain dari yang lain. Its not typical Malaysian Film my friend. We are BOLD but not BEAUTIFUL  
Bukan tak paham tapi tak sure sama ada filem ni pasal cinta ker or pasal nak kawin ker. Nak kate romatik komedi pun tak jugak. 
Mungkin ia berpunca sebab filem niade 4 directors. Masing2 nak tunjuk hebat last2 jalan cerita dan karektor development tak konsisten. 
Pemilihan muzik pun kurang berkesan. Ade scene yang nampak sgt muzik kompose sendiri. At least hire la professional buat score. 

Karektor utama Adam tak menyakinkan langsung. Mamat ni tak nampak pun macam was was nak kawin yang sepatutnya jalan cerita utama. Byk sgt plot holes dalam filem ni.Watak utama Adam nak kawen dgn Brenda anak org cina yang tak cakap cina lansung. Dua dua nampak macam was was pada permulaan jalan cerita tetapi semua flashback story hanya berkait dengan Adam sahaja yang tidak ade kene mengena secara langsung dengan Brenda. Persoalannya, bile di tunjukan Brenda juga risau dan keliru, tidak ade langsung cerita kenapa dia pun macam tu. Adakan Brenda juga was was untuk berkahwin dgn Adam? Adakah dia menyesal bersetuju untuk berkahwin?

Flashback pertama berlaku di satu tempat lepak minum dan main pool di mana Adam dengan kawan2 nya melepak. Pada malam itu konon nya mereka hangout untuk meraikan Bachelor Party untuk Adam. Pastu salah seorang dr mereka yang tak reti belakon langsung duk cakap bosan dow bosan dow takde stripper takde stripper. Sangat annoying nak mampos. Bukan annoying sbb dia berjaya membawa watak annoying tp sbb nampak sgt belakon buat2. Came on lah, korang shooting filem kot. Cari la pelakon ok sket. Pastu sorang lagi watak Reza. Tengah main pool tiba tiba dapat text msg dari bini dia pastu teros blah macam tu jer. Takde cakap bye bye ker aper. Konon nya nak menunjukkan yang hidup dia lepas kawin is so pathetic macam takot bini. Tu pun nampak bodoh giler. Life Reza lepas kawin ni lah yang kononnya nak di momokkan supaya Adam was was tuk kawen. Sebelom kawin dulu Reza dulu sgt cool walaupun tak pandai berlakon, bini dia pun dulu cool pastu lepas kawin terus jd x cool pakai baju abang2 kemeja tuckin n bini dia terus x reti nak mekap2 melawa. Seriously bro? Bertahun tahun korang buat filem cerita macam ni korang tulis? Pastu last2 Reza bg tau Adam yg dia actually happy dengan kehidupan baru dia. "korang tak tau, korang tengok dari luar jer. Dah kawin tak boleh pakai baju yang same". Bullshit sial. Ade baju orang bujang ade baju orang dah kawin ker? 

Karector lain seperti biase mesti ade watak ladiesman kan. Dalam cerita ni ade dua org. Dua2 x nk kawen. Bile Adam minta pendapat kat dia orang pasal nk kawin, dua dua cakap benda yang negatif dan bagi contoh tak lain tak bukan cuba tengok Reza. 2 orang mamat ni nampak macam kawan lama Adam. Sepatutnya Adam dah tahu perangai derang luar dalam. Dengan menunjukankan Adam terkesan sampai emo tak tentu pasal dengan komen 2 ekor ni memang tak relevan. 

Now lets talk about Brenda. Minah ni actually Adam's ex gf Nurul roommates sebelom Adam couple dgn Brenda. Mereka adalah kawan rapat masa kolej. satu scene flashback di mana Adam datang rumah dia org with a camcorder to suprise Nurul. Apa yang suprise pun tak tau. Datang bilik gf dgn camera suprise ker? Bukan harijadi, bukan valentine, bukan annyversary. Cuma datang nk bawak keluar makan jer. So WHAT IS THE FUCKIN' SUPRISE?? Apa yang ko nak celebrate sebenarnya? Dan lepas tu terjadilah break-up story yang paling lame and confusing dalam sejarah perfileman di antara Adam and Nurul. Nurul dapat jawapan email tentang job application. Happy happy sekejap pastu Adam tanyer something, yada yada yada Nurul cakap maybe we should take a break ala ala FRIENDS. Tak tahu kenapa. Takde cerita kerja apa yang dia dapat. Kerut dahi siot tengok movie nih. Yang ada pun pasal derang argue yang Adam lack of ambition, kerja main main, website tak siap. Fuck you lah Nurul.

Cerita di teroskan dimana Adam now dah couple dengan Benda. Macam mane mereka berdua yang dulu nya best friend  tapi sekang dah couple LANGSUNG tidak terlintas dari kaca mata director2 yang terlibat. Kalau di ceritakan pasal kisah cinta 2 bestfriend ni maybe lagi menarik dari cerita pasal Nurul tu. Tetapi tak tau kenape bab ni di ketepikan. Bad writing my fren.

Cerita seterusnya Adam and Brenda now duduk satu rumah tetapi tak tido sekali sebab belom kawen Brenda tak bagi . Buat gua gelak jer tengok. Kalu nk jage hati penonton melayu yang agak konsevatif, takyah buat teros pun scene tu. Bukan tak bole tapi kalu nak buat, buat yang betol. Takyah la nk cover line. Pastu yang pasal Azan kene banned kat Penang pun tak perlu. You add nothing to the story. Nak tunjuk filem ni berani langgar? Tak payah kot. pastu scene bergaduh sebab Adam lupa beli telor semata mata nak menunjukkan yang mereka have a normal life. Again its not subtle enough. You people can do better than this. 

Now introducing Mikail, Adam's stepbrother. Seorang pegawai kastam berpistol yang emo kene tinggal bini. Watak ni di wujudkan semata mata untuk menceritakan keikhlasan cinta Brenda terhadap Adam. Macam mana dia orang buat? Dengan ada nyer satu lagi plot tentang seorang pembunuh yang saiko Andy Lau lookalike yang cuba untuk bunuh Adam. Mikail pada mula nya was was terhadap cinta Brenda kepada Adam hanya di sebabkan Brenda look alike his ex wife. Wait. What? Pulak dah? Mikail datang jumpe Brenda, beri amaran jangan cuba cuba untuk mengecewakan hati adiknya. Brenda pulak macam acting like a bitch saying that you don't know me. Scene ni agak confusing sebab nampak macam Brenda kenal Mikail dah lama. Brenda dalam scene ni is completely different character. Macam tiba tiba jer bertukar. Cara mereka berbual tak macam baru  kenal. Samada salah lakon or di sengajakan berlakon macam tu untuk mengelirukan penonton tidak dapat di pastikan.  

Maseh ade satu lagi plot cerita dalam filem ni. Tentang Adam terpakse jumpe bapak Brenda untuk mintak izin berkahwin. Brenda bawak Adam berjumpe di satu bilik yang tidak di ketahui di mane. Bilik penuh dengan barang2 antik milik bapak Brenda. Adam nampak macam tak serious pada mula nya. Just to add funny moment on the scene, he plays with all the antique stuff. Ade beberape ujian yang perlu Adam tempuhi sebelom dapat berjumpe dengan bapak Brenda. Hanya scene dgn fortune teller jer yang bole kate lawak kat sini. If this movie just go with that tone all the way from the start and it could be way better movie. 

Akhir kata, kami hargai cubaan untuk membuat filem melayu lain dari yang lain tetapi kalau hasil nya macam ni tak buat pun takper.

Saturday 1 February 2014

Tat Nasi Ayam - No. 1 di Utara katenyer...



Lokasi : Taman Puncak Jalil
Masa : 4.00 pm
Tarikh : Feb 01, 2014

Di sebabkan cny byk kedai tutup. Kedai melayu pun sibuk nk cuti raya. Terpaksa la aku cari kedai makan lain selain mamak. Maka berjumpa lah dgn kedai Nasi Ayam Tat yang berdekatan. Macam biase kalu kedai melayu di kawasan perumahan yang buka tengahari mesti kosong kalau kedai tu x interesting or mungkin sbb sume org da blk sbb aku dtg da pukul 4 ptg. Masuk jer kedai aku mintak menu kat waiter yg bermuka lesu tak bermaya mcm kerja d bulan puase. Tengok harga agak mahal di banding kan dgn nasi ayam lain. Tapi kalau nasi ayam ni sesedap dan sebanyak nasi ayam hailam uptown aku bole give a pass. Aku order 3 bungkus plus 1 char kueyteow saje nak rase. Sampai rumah aku makan kueyteow dulu. Rase not bad walaupun x meriah. Cili jeruk x berape nk jeruk tp okay. Kerang ade lah 5 ketol dan udang 2 ekor. Udang bersize kecik dan tak fresh langsung. Kalau kat pasar ni udang yang paling murah yang dah berhari hari org tak beli. Kulit pun dah kecut sbb lame sgt duk dlm peti ais. Harga char kueyteow tu RM 5 yang aku rase tak berape berbaloi.

Okay kembali kepada tajuk asal Nasi Ayam Tat. Bukan nak komplen tapi nasi ayam ni mmg tak sedap. Mungkin terlalu kasar tapi dalam kategori nasi ayam sememangya gagal. Kalau bandingkan dengan nasi putih ayam goreng pun belom tentu bole lawan ayam goreng Hakim. Nasi berwarna oren kehijauan. Rase ape pun aku tak pasti tp takde pun rase ciri ciri nasi ayam sebenar. Kicap yang yg di sediakan semata mata kicap manis biase yg di tambah air mungkin sbb agak jair. Sambal pulak hanyelah sambal keropok lekor yang di ubah suai. Sup rase menarik sedikit tetatpi kandungan Ajinamoto super banyak. Teros tangkap kepala aku makan. Nak cerita pasal ayam 1st aku tgk mmg nampak macam menjanjikan kenikmatan nasi ayam yang sempurna. Tetapi jangkaan aku tersasar sampai jatuh parit. Ayam sangat kering keras dan tasteless. Jangan cakap lah mungkin ayam lain okay. Kalau nk berniaga makanan, setiap produk mesti konsisten dia punya rase. Dan aku tak paham kenape ayam tu kene di lenyekkan mcm ayam penyek. Dengan harga yg sebegitu dan portion yg sederhana dengan ini di maklumkan Nasi Ayam Tat sememang SUCKS...